Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 10 tentera Afghanistan terbunuh selepas diserang militan Taliban di pangkalan tentera yang terletak di wilayah selatan Helmand hari ini, kata pegawai.
Jurucakap bagi 215 Maiwand Army Corps di selatan Afghanistan memberitahu AFP bahawa militan Taliban menggali sebuah terowong menuju pangkalan terletak di daerah Sangin dan meletupkannya sebelum menyerang pangkalan terbabit.
“Ketika serangan itu, seramai 18 anggota tentera berada di pangkalan yang disediakan untuk melindungi penduduk di Sangin.
“Empat anggota tentera cedera manakala empat lagi berjaya menghalang serangan lanjut militan ke atas pangkalan terbabit,” kata jurucakap wilayah itu, Omar Zawak sambil mengesahkan serangan itu dan jumlah tentera yang terkorban semasa letupan kuat dalam pangkalan.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi kenyataan dihantar kepada media, mengaku pihaknya bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Selasa lalu, tujuh tentera Afghanistan terbunuh dalam serangan militan Taliban di sebuah pangkalan yang terletak di wilayah utara Balkh. - AFP
28 Disember 2019 - 17:51
News ID: 997017
Seramai 10 tentera Afghanistan terbunuh selepas diserang militan Taliban di pangkalan tentera yang terletak di wilayah selatan Helmand hari ini, kata pegawai.